Bertindak di atas makluman Pengerusi PEKENAL, En. Mohd Sha'ari Bin Hussin kepada Penasihat dan Pengerusi PESADA Manjung, En. Azizan Othman selaku Penasihat PESADA Manjung dan PEKENAL telah melancarkan derma kilat semasa Majlis Silatulrahim Pencak Silat Daerah Manjung 2009 bagi membantu seorang ahli Kumpulan Rebana Jawa dari Kampung Teluk Rubiah, Teluk Intan yang menghadapi masalah anaknya yang berusia 3 bulan memerlukan rawatan pembedahan jantung. Walaupun peruntukan kos pembedahan ditanggung oleh pihak kerajaan, rakan-rakan beliau amat bersimpati kerana beliau menghadapai masalah kewangan bagi menanggung kos sampingan seperti perjalanan ulang alik ke hospital sementara pembedahan belum dijalankan serta perbelanjaan sara hidup keluarga kerana seringkali terpaksa meninggalkan pekerjaan sebagai nelayan kecil demi menguruskan anak yang sakit.

En. Rashidi Bin Ibrahim, Setiausaha Sulit Kanan Y.A.B Menteri Besar Perak menyampaikan sumbangan derma kilat kepada penerima sumbangan.

En. Rashidi Bin Ibrahim, Setiausaha Sulit Kanan Y.A.B Menteri Besar Perak dan Penasihat PEKENAL, En.Azizan Othman sempat bergurau menyakat penerima sumbangan.

KEPRIHATINAN ANDA DIPERLUKAN !

Saudara Ahmad Zain bin Momtah yang mengalami masalah anaknya Muhamad Haziq Akmal berusia 4 bulan sedang menjalani persiapan pembedahan jantung di IJN. Beliau yang bergantung kepada sumber pendapatan sebagai nelayan amat memerlukan bantuan kewangan bagi menanggung kos menguruskan rawatan anaknya. Kepada anda yang prihatin dan sudi menghulurkan bantuan, sila berhubung terus dengan beliau di Kampung Teluk Rubiah, Teluk Intan atau menyalurkan terus bantuan ke akaun bank beliau : Bank Pertanian : 2-537-000736-0